Persoalan yg m`buatkn sesorg ptus cinta.

More
17 years 4 months ago #31902 by cik_mawar
alah..biasalah lah putus cinta...tak best lah lau tak da pengalaman putus cinta..:laugh: :lol: Semua tu akan mendatangkan pengalaman..dan lebih mendewasakan kita..

huuhhuu...( Haku pernah bercinta ka??)..:laugh:


Semoga Hidup kita diberkati..amin
More
17 years 4 months ago #31906 by mira1384
apabile si dia dh x lg appreciate ape yg kite wat n korban kn utk die...
then sanggup berlaku curang lg....itu sume mmg sesuatu yg xbleh diterima n
sukar utk dimaafkn..maka di saat itu la mmbuatkn diri ku ini ign putus cinta ngn si dia..
More
17 years 4 months ago #31947 by guydacosta
apa! ingat cinta ni cam tali ker.. main putus2 plak... :lol: :lol:
More
17 years 4 months ago #31953 by Sky_Hanz
guydacosta tulis:

apa! ingat cinta ni cam tali ker.. main putus2 plak... :lol: :lol:


Hurmm.. Sudah pasti xmcm tue guy.. tapi kalau dah xder jodoh mcm mana, kita xbleh pakse kan sume tue.. :(
More
17 years 4 months ago #31966 by Z_zacky
CUBA FIKIRKAN?

Pernah atau tidak, kita fikir tentang perasaan insan yang kita

sayang? Yang kita cinta? Apa dia rasa bila kasihnya diduakan?

Cintanya dimadukan? Harapannya dipermainkan? Hatinya

dilukakan dengan perbuatan anda? Pernahkah anda terfikir jika

rasa itu kita yang rasa? Mungkin dalam setahun atau lebih

perkenalan tidak cukup untuk mengenali pasangan kita. Tapi

mesti ada banyak hal yang sudah dilakukan bersama. Pernahkah

kita terfikir, bila kita menduakan dia, kita sebenarnya hampir

melepaskan sejongkong emas dan seguni mutiara yang tiada had

nilainya?

Betul, jika anda kata jodoh pertemuan di tangan yang Esa. Tapi

pernah atau tidak anda terfikir kadang kala jodoh yang

ditentukan oleh Tuhan memang kuat untuk anda dan pasangan

anda sekarang, cuma anda yang cuba menidakkannya kerana

keegoan anda terlalu tinggi and nafsu menguasai perasaan anda?

Lelaki dan wanita sama egonya. Cuma sejauh mana anda

letakkan keegoan dan nafsu anda untuk mengawal pasangan

anda. Itulah yang anda perlu nilai sebenarnya.

Lelaki ego. Keegoan lelaki memang tinggi. Lelaki memang sukar

untuk mengakui kesalahan mereka kerana ego. Mereka tidak

mahu dijadikan punca sekiranya berlakunya masalah di dalam

perhubungan. Mereka tidak suka wujudkan rasa bresalah dalam

diri mereka. Itu adalah sifat lelaki. Keegoan mereka itu mengatasi

segala perasaan dan kadang kala keperimanusiaan.

Wanita pula mempunyai deria rasa yang kuat. Mereka cepat

terasa perubahan pada pasangan mereka. Sebahagian wanita

gagal untuk mengawal emosi apabila berlaku masalah dalam

perhubungan. Ada wanita bijak, tidak cepat melatah dan pandai

mengawal emosi tapi mereka akan mencari bukti hingga ketemu

dan disusuli dengan perubahan pada diri mereka. Perubahan

untuk kebaikan. Kenapa jadi begitu? Curiga , sensitif dan

cemburu. Wanita tidak akan lepas dari perasaan itu.

Cuba kita fikirkan kebaikan dan keburukkan selama anda hidup

bersama pasangan anda selama ini. Tidak kiralah yang bergelar

suami isteri, bertunang ataupun bercinta.

Contoh:
Pasangan anda seorang yang setia, jujur dan memberi

kepercayaan kepada anda 100%. Sanggup berkorban apa sahaja.

Masa, wang dan mungkin dirinya untuk anda. Pasangan anda

tidak pernah mempersoalkan bantuan yang dihulurkan untuk

anda dan keluarga anda. Jaga makan pakai anda. Semua

kebajikan anda, pasangan anda jaga dengan rela. Lengkap. Tiada

rungutan. Bila anda marah, dia hanya diam. Menjadi air adalah

terbaik baginya semasa anda menjadi api. Anda adalah nyawa

baginya. Adakah anda rasa terkongkong apabila dia ingin

mengetahui aktiviti anda? Siapa rakan anda? Niatnya baik, jika

berlaku sesuatu pada anda, dia tahu menghubungi rakan-rakan

anda tentang keadaan anda. Tapi yang terlintas difikiran anda?

Dia ingin mengongkong anda. BETUL TAK?

Tapi...

Sebagai hambaNya, manusia tidak ada yang sempurna. Dalam

kepercayaan yang diberi 100% sudah tentu ada curiganya. Dalam

menjadi yang terbaik sudah pasti ada cacatnya. Tapi kita gemar

menghukum tentang kecacatan itu tanpa perlu memikirkan segala

kebaikan yang pasangan kita lakukan.

Lebih-lebih lagi seorang wanita yang selalunya ingin dimanja setiap

masa. Bila anda dalam keadaan penat, disitulah dia mula buat hal.

Hendak itu dan ini. Anda pun apalagi cepat sahaja melenting.

Betulkan? Wanita hatinya amat sensitif.

Ada dua kategori wanita dalam hal sensitif ini.

Pertama, apabila anda memarahi atau menengkingnya, dia akan

terus melawan dan mengatakan perasaan tidak puas hatinya

pada anda. Dia akan meluahkan segalanya supaya anda tahu

hatinya amat terluka dengan tindakkan anda. Dia cuba

pertahankan haknya. Ketika itu, anda rasa dia hilang hormat pada

anda. Baginya biar sama-sama terluka. Pergaduhan besar pun

meletus. Ini tidak baik dalam perhubungan. Ia boleh menjadikan

keadaan bertambah buruk. Mungkin lansung membuat keputusan

tanpa berfikir panjang.

Kedua, dia hanya akan diam membeku seperti ais. Tapi anda

akan nampak beberapa minit kemudian ada titisan air matanya

dipipi. Dia akan hanya mendiamkan diri membiarkan anda

meluahkan rasa tidak puas hati anda. Setelah anda sejuk, barulah

dia cuba menyatakan apa yang terasa dihatinya. Dia akan

memikirkan dahulu cara bagaimana untuk bercakap dengan anda.

Yang paling baik baginya adalah dalam keadaan bergurau atau

kiasan, agar anda tidak terluka dengan kata-katanya. Wanita ini

amat menjaga hati pasangannya walaupun hatinya sendiri terluka

dengan marah dan tengkingan anda. Barulah keputusan boleh

dibuat dengan mesra dan tidak terburu-buru. Inilah baiknya, fikir

dahulu sebelum bertindak.

to be continue.....
More
17 years 4 months ago #32062 by fazna_cute
persoalan sy membuatkn putus cinta ckp senang,identiti lelaki tue x menarik langsung kat mata sy...
kalo dulu dia pernah buat jahat,ia menyebabkn langsung x menarik kat mata sy
More
17 years 4 months ago #32084 by guydacosta
its two way relationship... sometime, we didnt notice we did sumthin wrong and blamed the other... and vice versa. its happened a lot.

sebaiknyer jgn tuduh orang lain.. kerana tanpa kita sedari org itu juga akan menuding jari pada kita...
More
17 years 4 months ago #32099 by Sky_Hanz
Apa yg guy bagi tu mmg btol, kita kena la nilai dari sudut yg lain..
xsemesti nya persoalan yg timbul dari fikiran kita tu akan buat org lain xberpeluang mengenali kita.. Mmg xsalah kalau nak cri org yg baik personaliti nya, tapi itu bukan la cara yg terbaik sekiranya dia adalah lelaki yg xreti berfesyen atau bergaya sempoi saja but mempunyai hati yg baik itu cth saja la.. renung2 kan lah, fikir la dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan... :whistle:
More
17 years 4 months ago #32114 by fazna_cute
persoalan yg membuatkn seseorg putus cinta adalah dari segi tahap kecenderungannya kpd sesuatu perkara terutamanya dlm bab cinta
Time to create page: 0.507 seconds